Monday, 18 July 2016

KURUS SEPARUH MASA DAN SEPENUH MASA


Kelayakan asas bagi setiap kursus dan peperiksaan kekompetenan adalah seperti berikut:
  1. Warganegera Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun atau lebih bagi Pendawai dan 20 tahun atau lebih bagi Penjaga Jentera danPencantum Kabel pada tarikh peperiksaan.
  3. Kelayakan pelajaran atau pendidikan adalah:

  •  Tamat tingkatan lima (5) bagi calon-calon yang tiada memegang apa-apa perakuankekompetenan Pendawai, Penjaga Jentera atau Pencantum Kabel.
  • Tamat tingkatan tiga (3) bagi calon-calon yang memegang mana-mana perakuankekompetenan Penjaga Jentera (Terhad) bagi menduduki peperiksaan Penjaga Jentera(terbuka)
  • Tiada kelayakan pelajaran atau pendidikan diambil kira bagi calon-calon yang telah memegang mana-mana perakuan kekompetenan Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel.
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia. 
Kelayakan teknikal atau pengalaman kerja, secara amnya adalah seperti berikut dan akan dinilai oleh institusi berkenaan berdasarkan kursus yang dipohon.



SUKATAN PEMBELAJARAN VOLTAN TINGGI

CHARGEMAN VOLTAN TINGGI

Sekatan BO-2 (Sistem Voltan Tinggi Tanpa Stesen Janakuasa VT,Talian atas VT, Janakuasa segerak VT dan talian atas VR)

1. Semua Sukatan pelajaran bagi sekatan A4-2
2. Sistem Voltan tinggi (Sehingga 11KV atau 33KV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran AO

Sekatan BO-1 (Sistem Voltan Tinggi Tanpa Stesen Janakuasa VT,Talian atas VT dan Janakuasa segerak VR)

1. Semua sukatan bagi sekatan A4-1
2. Sistem VT (Sehingga 11KV atau 33KV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan AO

SEKATAN BO (SISTEM VT TANPA STESEN JANAKUASA VT DAN TALIAN ATAS VT)

1.Semua Suktan pelajaran bagi sektan A4
2. Sistem VT (sehingga 11KV atau 33KV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan AO

SEKATAN B1 (SISTEM VT TANPA STESEN JANAKUASA VT )

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4
2. Sistem VT (sehingga 11KV atau 33KV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan A1

SEKATAN B4 (SISTEM VT )

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4
2. Sistem VT (sehingga 11KV atau 33KV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan A4



SUKATAN PEMBELAJARAN VOLTAN RENDAH

SKOPE TUGASAN 

Mengerja,mengenali atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengenalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan kategori perakuan kekompetanannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan bertulis (Permit To Work) kepada orang yang berkerja dibawah kawalannya.

SUKATAN PELAJARAN

Sekatan AO (Sistem Voltan Rendah tanpa stesen janakuasa dan talian atas)

1. Perkara yang berkaitan
  • Akta bekalan Elektrik 1990 dan Akta SuruhanJaya Tenaga
  • Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya
  • Standard MS IEC 60364-2003 Electrical Installation of building
  • MS 1979-2007 Electrical Installation of building - code of practice
  • MS 1936-2006 Electrical Installation of building - Guide to MS IEC 60364
  • Pemulihan Pernafasan,pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik
2. Sistem Pencegahan Kebakaran
3. Alat-alat Perlindungan dan Pemasangan Voltan Rendah
4. Asas Elektrik
5. Pengubah (Transformer)
6. Kabel
7. Kabel Bawah Tanah
8.Motor dan alat kawalan
9. Bateri
10. Alatukur dan Alatuji
11. Pendingin Udara
12. Pemeriksaan bagi Peralatan Papan Suis Utama
13. Pepasangan Penguna
14. Lampu Jalan

Sekatan A1 (Sistem Voltan Rendah tanpa stesen janakuasa )

1. Semua sukatn pelajaran bagi AO termasuk sistem talian atas
2. Talian Atas

Sekatan A4-2 (Sistem Voltan Rendah tanpa talian atas dan penyegerakkan janakuasa)

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan AO
2. Stesen JanaKuasa

Sekatan A4-2 (Sistem Voltan Rendah tanpa penyegerakkan janakuasa)

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan AO dan A1
2. Stesen Janakuasa 

Sekatan A4 (Sistem Voltan Rendah)

1. Semua Sukatan pelajaran bagi sekatan AO,A2 dan A4-1.
2. Penyegerakkan Janakuasa



AKTA SEBAGAI SEORANG PENJAGA JENTERA


Kehendak bagi perakuan kekompetenan

45.(1) Mana-mana jurutera perkhidmatan, jurutera elektrik kompetan, penyelia elektrik, penjaga jentera,pendawai atau pencantum kabel yang disebut dalam peraturan-peraturan ini hendaklah memiliki satu perakuan kekompetenan yang sah yang sesuai dengan kategori itu, dengan sekatan, jika ada, yang dikeluarkan kepadanya oleh suruhanjaya tenaga dibawah peraturan-peraturan ini.

(2) Suruhanjaya boleh menjalankan atau menyebabkan untuk dijalankan mengikut apa-apa cara yang disifatkan pautu,peperiksaan bagi maksud menentukan sama ada sesorang itu memiliki kelayakan yang diperlukan untuk dikeluarkan perakuan kekompetenan

Kelayakan Untuk Menjadi Penjaga Jentera (Chargeman)

49.(1) Sesorang bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki peperiksaan bagi suatu perakuan kekompetenan sebagai Penjaga Jentera hendaklah memuaskan hati suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut;-

a) bahawa dia seorang warganegara Malaysia
b) bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun
c) bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh SuruhanJaya
d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan dan
f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu

2) Sebelum suatu perakuan kekompetenan sebagai seorang penjaga jentera dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa:-

a) dia memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan berada dibawah penjagaannya, dan menpunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya.
b) bahawa dia menpunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas,pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik dan
c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya

(3) Peperiksaan bagi perakuan kekompetanan sebagai seorang penjaga jentera hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu.

(4) (Dimansuhkan)

(5) Walau apa pun subperaturan (1),(2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu






APAKAH ITU CHARGEMAN ATAU PENJAGA JENTERA


PENJAGA JENTERA ATAU CHARGEMAN (ELEKTRIK)

Dimalaysia Penjaga Jentera sinomin dengan panggilan "Electrical Chargeman" satu bidang kerja dibawah peraturan 49, peraturan elektrik 1994 yang mempunyai sejarah sebagai satu kerjaya yang dihormati dan kadaang kala diangkat cukup tinggi sama dengan kerjaya seorang Jurutera Elektrik. Jika kita tidak egois untuk menoleh ke belakang, kita akan melihat individu yang bergelar Chargeman sering menjadi orang harapan bagi majikkan yang mempunyai pepasangan-pepasangan elektrik yang bernilai berjuta-jutaan ringgit. Untung rugi mereka sering ditentukan oleh "breakdown hours yang diketuai oleh chargeman

Jumlah Chargeman muktahir telah semakin mengatasi permintaan pasaran. Sekarang adakah cikup segulung perakuan atau kompentasi sijil yang diaktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga itu menyakinkan majikan-majikan untuk mengeluarkan perbelanjaaanyang banyak bagi gaji seorang Chargeman? Masih lakukah perakuaan Chargeman AO seperti 15 tahun yang lalu.

Kemahiran teknikal, pengetahuan teknologi semasa, penampilan kendiri dan akal budi adalah nilai tambah yang sering menjadi garis pemisah antara seorang penganggur dan seorang yang menpunyai perkerjaan. Seorang Chargeman adalah ketua dalam sebuah organasasi teknikal dalam elektrik, keupayaan mengurus dan merancang adalah perlu ada.