Monday, 18 July 2016
AKTA SEBAGAI SEORANG PENJAGA JENTERA
Kehendak bagi perakuan kekompetenan
45.(1) Mana-mana jurutera perkhidmatan, jurutera elektrik kompetan, penyelia elektrik, penjaga jentera,pendawai atau pencantum kabel yang disebut dalam peraturan-peraturan ini hendaklah memiliki satu perakuan kekompetenan yang sah yang sesuai dengan kategori itu, dengan sekatan, jika ada, yang dikeluarkan kepadanya oleh suruhanjaya tenaga dibawah peraturan-peraturan ini.
(2) Suruhanjaya boleh menjalankan atau menyebabkan untuk dijalankan mengikut apa-apa cara yang disifatkan pautu,peperiksaan bagi maksud menentukan sama ada sesorang itu memiliki kelayakan yang diperlukan untuk dikeluarkan perakuan kekompetenan
Kelayakan Untuk Menjadi Penjaga Jentera (Chargeman)
49.(1) Sesorang bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki peperiksaan bagi suatu perakuan kekompetenan sebagai Penjaga Jentera hendaklah memuaskan hati suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut;-
a) bahawa dia seorang warganegara Malaysia
b) bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun
c) bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh SuruhanJaya
d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan dan
f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu
2) Sebelum suatu perakuan kekompetenan sebagai seorang penjaga jentera dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa:-
a) dia memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan berada dibawah penjagaannya, dan menpunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya.
b) bahawa dia menpunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas,pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik dan
c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya
(3) Peperiksaan bagi perakuan kekompetanan sebagai seorang penjaga jentera hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu.
(4) (Dimansuhkan)
(5) Walau apa pun subperaturan (1),(2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harrah's Casino Philadelphia - MapyRO
ReplyDeleteFind your 대구광역 출장샵 way around the 충주 출장샵 casino 경산 출장안마 and other fun places to play 성남 출장안마 and stay near Harrah's Philadelphia 강원도 출장안마 Casino. You'll be glad to find plenty of gaming and entertainment